Managing Your Role (Mengurus Peranan Diri)
Mengurus Peranan Diri
Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai matlamat. Sebelum mengenalpasti bagaimana menentukan matlamat, perkara yang utama perlu dipertimbang ialah Compass dan Clock.
Compass ialah apa yang dirasakan penting untuk menggerakkan kehidupan; seperti visi, misi, arah tuju dan prinsip hidup.
Clock pula ialah apa dan bagaimana dibuat dengan masa seharian; contohnya komitmen, temujanji, jadual dan aktiviti dalam seharian.
Bagi menguruskan masa dengan baik, compass dan clock ini perlu seiring dalam menentukan jadual harian. Kebiasaannya ramai orang menguruskan masa dengan mengutamakan clock. Kesannya, kita akan rasa stress, terbeban dan tertekan apabila masa seharian dihabiskan untuk kerja dan komitmen, sedangkan aktiviti tersebut kadangkala bukanlah apa yang dimahukan dan diperlukan dalam hidup.
Jadi, sebelum merancang aktiviti-aktiviti yang bakal dibuat, kenalpasti compass sebenar dalam hidup terlebih dahulu. Untuk menentukan compass, tanya kepada diri “Apa yang paling penting?”, “Apa yang memberi erti dalam kehidupan?”, “Apa yang saya mahu dapat?” dan “Apa yang saya mahu jadi?”
Kedua persoalan ini bukan sahaja tertakluk pada kehidupan di dunia, malah lebih jauh sehingga mencakupi kehidupan selepas mati.
Timbangkan compass dan clock anda, kemudian tetapkan matlamat. Semoga berjaya!!
Managing Your Role
Successful people are the people who have goal. Before identifying how to set goals, the main points to be considered are Compass and Clock.
Compass is defined as what is important to drive our life; such as vision, mission, direction and principle of life.
Clock is what and how to do with the day; Eg commitment, appointments, schedules and activities in the day.
To manage time well, these compasses and clocks need to be in line with the daily schedule. Usually many people manage time by prioritizing the clock. As a result, we will be stressed, burdened and depressed when the whole day is spent on commitment, whereas sometimes the activity is not what is wanted and needed in life.
So, before planning what activities to be done, identify the real compass in life first. To determine this compass, ask yourself "What's most important?", "What gives meaning to life?", "What do I want?" And "What do I want to be?"
These questions are not only subject to life in the world, but even further into life after death.
Consider your compass and clock, then set goals. Good luck!!
Comments
Post a Comment